Isnin, 25 Mei 2015

Contoh Minit Mensyuarat

MINIT MESYUARAT EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN KALI KEDUA TAHUN 2013

Tarikh: 4 Oktober 2013
Masa: 4.45 ptg-5.30ptg
Tempat: Bilik Seminar 5
Kehadiran : 1. EXCO Perhubungan Sosial, Aduan Dan Kebajikan: Hafizd Zulhasni
                    2. 7 SEKETARIAT
                    3. 5 SEKETARIAT baharu
                    4. 5 SEKETARIAT tidak hadir bersebab                                                                                                                                                                                                                                                               
Penasihat : 1 En Mohd Aminudin Mustapha
                     2  Cik Nor Amalina Ahmad

1.0     UCAPAN ALU-ALUAN EXCO PERHUBUNGAN SOSIAL, ADUAN DAN KEBAJIKAN

   1.1  EXCO mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran seketariat EXCO Perhubungan Sosial,Aduan dan Kebajikan
    1.2 EXCO memaklumkan kepada ahli EXCO Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan bahawa dia telah dipilih dan dilantik untuk menggantikan Razita Hamka sebagai EXCO baharu bagi portfolio Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan.
   1.3 Exco juga memperkenalkan 5 orang ahli EXCO Kebajikan Sosial, Aduan dan Kebajikan yang dilantik untuk menguatkan dan mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Hafizd Zulhasni yang menggantikan Razita Hamka sebagai EXCO Kebajikan Sosial, Aduan dan Kebajikan dan Sharifah Nurfitri Binti Wan Mohamad yang menarik diri.
   1.4  EXCO memaklumkan bahawa mesyuarat ini bertujuan menerangkan tugas khas dan tugas umum Seketariat EXCO Perhubungan Sosial, Aduan Dan Kebajikan, cadangan penasihat perempuan dan cadangan aktiviti.

2.0          PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
   2.1 Nursyamil Haziq Timbalan Bendahari  mencadangkan minit mesyuarat yang lalu Bil.1/2013 disahkan dan disokong oleh Noor Alya Binti Kahar Timbalan Setiausaha.

3.0          PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

  3.1 Noor Najilah Binti Anifah Setiausaha memaklumkan aduan yang dihantar kepada pihak Pra-Universiti berkenaan masalah anjing liar di sekitar kampus timur masih tiada tindakan.Kemudian lampu yang diminta dipasang di sepanjang koridor ke CAIS telah rosak dan tidak cukup untuk menerangi jalan yang sememangya gelap.Pelajar takut  kadua-dua masalah ini terjadi pada masa yang sama .
   3.2 Exco Perhubungan Sosial, Aduan Dan Kebajikan, Hafizd Zulhasni  memaklumkan bahawa seorang pelajar perempuan mengadu kepada dia tentang masalah pelajar perempuan dan lelaki yang ber’dating’  di sekitar kafe Blok A, Blok B dan sekitarnya pada waktu malam.Dia takut sekiranya dibiarkan berlaku akan membawa ke arah keburukan,terutamanya dalam kalangan pelajar Islam.
                                                       TINDAKAN: EXCO akan bawa masalah ke mensyuarat JPPU

4.0     PERKARA – PERKARA YANG DIBINCANGKAN

  4.1 Pembahagian Seketariat  EXCO kepada dua, Biro Aduan dan Biro Kebajikan.

      4.1.1 Biro Aduan`

1.       Abdul Aziz Bin Rosli
2.       Shahidatul Natasha Bt Rosli
3.       Noor Faridah Bt Ali
4.       Nur Farzana Bt H. Tuah
5.       Mardiana Anis Binti Iberahim
6.       Munirah Adilah Binti Harif
7.       Ismaniza Binti Amad Bahri

      4.1.2    Biro Kebajikan

1.       Putera Nik Aiman Mustaqim Bin Othman
2.       Dayang Nur Azyra Binti Abg Mohamad Adawi
3.       Nazirul Hazril Bin Md Hadzir
4.       Nurul Shamila Bt Baharin
5.       Nur Amira Binti Mohd Tahir

4.2 Timbalan Setiausaha dan Timbalan Bendahari dilantik sebagai penyelaras atau ketua kepada Biro Aduan dan Biro Kebajikan
     4.2.1 Ketua Biro Aduan
                Noor Alya Binti Kahar    
      4.2.2 Ketua Biro Kebajikan
               Nursyamil Haziq Bin Ahmad

   4.3 Pemilihan Penasihat
      4.3.1 Cadangan nama Penasihat
               Cik Roberta Chaya Tawie Tingga
               Cik Nor Amalina Ahmad
               Cik Christharina S. Gintoron
               Cik Dzetty Soraya Abdul Aziz
              4.3.2 Penasihat yang dipilih
               Cik Nor Amalina Ahmad
                                                                                                                                                    Tindakan: EXCO
   4.4 Penerangan tugas:
1.       Ketua BiroKebajikan
2.       Biro Kebajikan
3.       Ketua Biro  Aduan
4.       Biro  Aduan
                                                                                                                        Tindakan: Ahli terlibat
  4.5 Cadangan aktiviti:
1.       Lawatan ke Kampung Budaya
2.       Perlawanan bowling antara ahli EXCO JPPU
3.       Perlawanan Paintball
                                                                                                                         Tindakan: Semua ahli



5.0     HAL-HAL LAIN        

   5.1 Setiausaha meminta ahli Seketariat menolongnya membuat Kotak Aduan
   5.2 EXCO meningatkan sekali lagi kepada ahli agar hanya mengambil adaun secara bertulis dan lengkap sahaja kerana dia tidak mahu menyusahkan ahli EXCO Perhubungan Sosial, Aduan Dan Kebajikan terlampau sibuk mengambil aduan dan menulis aduan sehingga melupakan pelajaran.
   5.2 EXCO  mengucapkan terima kasih kepada semua ahli seketariat yang hadir dan berharap semua seketariat dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

Mensyuarat EXCO  Perhubungan Sosial, Aduan dan Kebajikan yang dipengerusikan oleh Hafizd Zulhasni bin Ismail Sainny bersurai pada pukul  5.25 ptg.

Disediakan oleh,                                                 Disemak oleh,

…………………..                                               …………………..                                  (NURSYAMIL HAZIQ BIN AHMAD)            (HAFIZD ZULHASNI BIN ISMAIL SAINNY)   
Timbalan Bendahari,                                            EXCO  Perhubungan Sosial, Aduan Dan Kebajikan    Seketariat EXCO                                                 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Pra-Universiti                 





Report TITAS

 






UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

PROJEK MINI
SSXOO12 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KUMPULAN 13
TAJUK: SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA PEMBENTUKAN TAMADUN MALAYSIA
PENSYARAH: USTAZ ROMZI BIN HAJI HANIKAL
BIL
NAMA
KOD PROGRAM
NO MATRIK
1
HAFIZD ZULHASNI BIN ISMAIL SAINNY
WK 18
45585
2
HENRIETTA SIERRA ANAK ROLLAND DUAT
WK 01
45540
3
EME LINA ANAK IRAN@ERAN
WK 01
45540
4
NURDIYANA BINTI ZAKARIAH
WK 18
45920
5
MELISSA MICHELLE ROLLAND
WK 18
45650
6
LAW HUI SOON
WK 01
47264
7
AZRUL ABDULLAH
WK 18
45488
8
MUSLIHAN BIN BUANG
WK 01
45760
9
NAZIRUL AFIQ BIN MOHAMMAD KHAIDIR
WK 20
45777
10
MUHAMMAD THARIQ BIN KAMAL AZAM
WK 18
45752
11
MUHAMMAD HELMI BIN RAZALI
WK 18
45734
12
KENNY ANG WEE LIANG
WK 01
47160



KANDUNGAN

BIL
KANDUNGAN
MUKA SURAT
0.0
Kandungan
1
1.0
Pengenalan
2
2.0
Bidang Sosial
  2.1 Keluarga
  2.2 Komuniti

3
3
3.0
Agama Dan Kepercayaan
3.1  Kepercayaan Primitif Atau Animisme
3.2  Konfunisme
3.3  Toisme
3.4  Agama Buddha

4
4
4
4
4.0
Bahasa Dan Penulisan
4.1  Bahasa
4.2  Tulisan Cina

5
5
5.0
Budaya Dan Kesenian
5.1  Budaya
  5.2 Perayaan
5.2  Kesenian Kaligrafi
  5.4 Seni Bina

6-7
7
7
7
6.0
Perubatan
8
7.0
Alam Sekitar
9
8.0
Sains,Teknologi dan Penciptaan
  8.1 Perkembangan Sains
  8.2 Perkembangan Teknologi dan Penciptaan

10
11
9.0
Ekonomi
12
10.0
Rumusan
13
11.0
Rujukan
14
12.0
Lampiran
15-16








1.0  PENGENALAN

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M..
Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang lama bertahan, iaitu sejak 4000 tahun yang lalu, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan disebabkan pencerobohan kuasa asing.
Di samping itu, tamadun China juga merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia selain tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Lembah Indus, dan tamadun Greek. Sistem politik yang stabil, kuat dan berwibawa telah menggalakkan penghijrahan orang China ke tempat luar sama ada untuk melakukan aktiviti ekonomi ataupun mencari penempatan baru.
Akhir sekali, tamadun China yang menerusi beberapa kurun dalam sejarah dunia, telah melalui beberapa tahap pentadbiran seperti tahap permulaan, tahap keemasan, dan tahap peralihan. Antara tahap keemasan, dinasti Han dan dinasti Sui yang merupakan contoh terutama zaman kegemilangan Tamadun China. Malah, sumbangan dan pencapaiannya adalah standing dengan tamadun dunia lain. Keunikan tamadun China ialah ketahananya sepanjang masa. Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih kekal sehingga hari ini.












2.0  BIDANG SOSIAL

2.1 KELUARGA
Pertama sekali, prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati  oleh tamadun-tamadun tradisional. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Amalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.
 Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga.Malah amalan ini masih dipraktikan sebagai asas pembentukan keluarga dalam tamadun Malaysia.

2.2 KOMUNITI
Selain itu, komuniti merupakan satu elemen yang sangat penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang individu. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada ahli-ahlinya. Ahli komuniti berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kepercayaan pada masa tersebut. Bagaimanapun, amalan ini masih diterapkan dalam tamadun Malaysia apabila manusia atau individu yang hidup dalam kalangan komuniti atau lebih dikenali sebagai masyarakat. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi

3.0  AGAMA DAN KEPERCAYAAN
3.1 KEPERCAYAAN PRIMITIF ATAU ANIMISME
Menyembah unsur alam.Banjir dan kemarau merupakan gambaran kemarahan dewa. Keharmonian alam terdapat dalam konsep FengSui iaitu perlunya satu kehidupan harmoni dalam persekitaran semula jadi kerana ia membawa tuah.
3.2 KONFUNISME
Kefahaman ini diasaskan oleh Kong Fu Tze atau nama sebenar beliau ialah Kung Chiu. Ajaran beliau ditulis dalam Analects atau Lun Yu. Antara kandungan ajaranya ialah mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia.Seterusnya, mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini dan  merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar manusia berakhlak mulia.
3.3 TAOISME
Kefahaman ini diasaskan oleh LaoTzi  atau nama sebenar beliau ialah Li Peh Yang dan ajarannya ditulis dalam buku ‘IChing’ (The way and Virtue). Taoisme berasal daripada perkataan “Tao” yang bererti “jalan” atau cara dan kuasanya”. Konsep “jalan” merujuk kepada arah dan cara alam semesta. Konsep “kuasa” merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta. Antara kandungan ajaran adalah dunia manusia adalah buruk, kejahatan adalah usaha manusia untuk mendapatkan sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan baik (nafsu). Jika manusia tidak mengejar harta benda ini, maka dunia akan aman dan tidak banyak undang-undang yang diperlukan.Fahaman ini tidak setuju konsep kepimpinan melalui tauladan kerana mustahil sikap baik pemerintah boleh dicontohi oleh rakyat dalam negara yang luas.Akhir sekali, fahaman ini mengajak manusia bertapa di gua-gua untuk menghapuskan dosa.
3.5  BUDDHA
Berasal dari India dan diasaskan oleh Gautama Buddha.  Ajaran Buddha diterima oleh masyarakat Cina kerana bersifat terbuka dan senang difahami. Malah berlaku asimilasi dengan falsafah Taoisme dan Konfisiunisme . Pada masa itu, kekacauan dan peperangan yang berlaku dalam negara. Beragama menenangkan masyarakat Cina yang berada dalam kesusahan disebabkan berlaku peperangan dan huru-hara.
4.0  BAHASA DAN PENULISAN
4.1BAHASA
Bahasa Cina telah lama wujud semenjak pembentukan Tamdun Hwang Ho. Bahasa Cina dituturi oleh majoriti masyarakat Tamadun China. Bahasa Cina merupakan salah satu bahasa pengantaraan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia di mana silibus dan bahasa pengantaraan ialah bahasa Cina.Bahasa Cina yang dibawa oleh masyrakat Cina dari China ke Malaysia menjadikan bahasa Cina salah satu bahasa pengantara di Malaysia terutama dalam urusan jual-beli di pasar-pasar.Bahasa Cina mempunyai beberapa longhat. Antara loghat yang terdapat di Malaysia ialah Mandarin, Hokkien, dan Foo Chow. Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Malaysis dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu,antaranya ialah mee,  cincau, kueh, taugeh, kuaci, kucai, tauhu, lai (buah), teh, behon, dan to'yu (kicap) bagi kategori makanan dan buah-buahan. Antara perkataan lain ialah  tocang, , kekwa (bunga), koyok, cat, gincu, tahil,loting, pangkin,  loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca,apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, ampau, pakau, congkak, cukai dan mah-jong.
4.2  TULISAN
Tulisan cina merupakan tulisan terawal. Berdasarkan kajian, kemunculan tulisan cina wujud sejak 8000 tahun yang lepas. Penemuan kulit kura-kura dan tulang binatang membuktikan pemulaan kewujudan tulisan cina. Bentuk tulisan cina telah mengalami banyak perubahan dan halangan sehingga terbentuknya tulisan cina yang sedia ada pada zaman sekarang. Tulisan Cina merupakan system tulisan berteraskan piktograf dan ideograf. Tulisan ini bertahan lama dan tidak pupus serta masih digunapakai oleh masyrakat cina di Malaysia walaupun dicabar oleh tulisan Romawi dan Arab dari barat.






5.0BUDAYA DAN KESENIAN
 5.1 BUDAYA
Yang paling jelas dan nyata ialah wujudnya komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan dan Pulau Pinang merupakan  suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan sejarah orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan orang tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan malah dalam kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pencampuran budaya Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba. Walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas dielek bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa Bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina
Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di Kelantan. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi masyrakat temapatan, permainan mahjong, dan pakau. Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cina ialah agama Islam yang menjadi pengangan orang Melayu. Orang Cina tetap mengekalkan amalan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, iaitu kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha. Namun, yang membezakan maysarakat peranakan Cina Kelantan daripada masyarakat Melayu adalah agama yang dianuti.
Akhir sekali, wujudnya ‘China Town’ atau ‘China Street’ di bandar-bandar utama di Malaysia seperti di Ipoh, Georgetown dan Kuching merupakan bukti pengaruh Tamadun China di Malaysia.
5.2 PERAYAAN
            Tahun Baru Cina merupakan perayaan terbesar dan paling bertuah bagi masyratkat Cina. Tahun Baru Cina diwartakan sebagai salah hari cuti umum di Malaysia sebagai menghargai masyarakat Cina yang bersama-sama membentuk masyrakat harmoni di Malaysia
5.3 KESENIAN KALIGRAFI
            Seni kaligrafi berasal dari China. Seni ini merupakan seni khat yang menggunakan berus Cina. Ia merupakan asas kepada penulisan Cina yang berusia lebih 4000 tahun. Asas kaligrafi ialah garis dan bentuk.Kaligrafi mengikut kesenian Cina menekankan keharmonian, keseimbangan , gerak hati dan momentum semasa menulis. Huruf atau karakter Cina tersebut mempunyai teks yang berbeza dari segi bentuk, gaya dan pergerakan semasa menulis.Seni yang benilai ini masih terdapat di Malaysia dan diamalkan.

5.4 SENI BINA
            Contoh ketara pengaruh daripada segi seni bina di Malaysia ialah pavilion.Pavilion merupakan bangunan kecil menyerupai pondok yang berfungsi sebagai tempat teduhan, tempat bertafakur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial.Namun, di Malaysia ianya diadaptasi menjadi pondok di kawasan-kawasan taman, kawasan perkelahan dan kawasan berteduh di tempat awam. Keduanya adalah pagoda. Pagoda masih dibina seperti tujuan asalnya iaitu tujuan beribadat.Pagoda merupakan bangunan suci atau kuil yang berbentuk menara dan mempunyai banyak tingkat




6.0PERUBATAN
Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan seperti jarum dicipta. Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya perubatan yang dihasilkan ialah ‘Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine’. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.
Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan antara  kedua-dua unsur itu yang membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota tadi. Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu ubat-ubatan dalaman, ubat-ubatan luaran dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka telah berjaya menemui Iodin dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya. Manakala cara kedua iaitu luaran merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan pada tempat-tempat yang tertentu. Akhir sekali, akupuntur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.
Bedasarkan pemerhatian, di Malaysia masih terdapat kedai-kedai Cina yang menjual ubat-ubatan tradidional serta herba-herba. Pengunaan ilmu perubatan Cina yang dibawa oleh pedagang-pedagang Cina masih digunapakai sehingga ke hari ini malah kaum lain turut mengamalkanya.


7.0ALAM SEKITAR
Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima semua agama.Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi agam Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai ‘Divine Power’. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi pada sesuatu tamadun. Bagi tamadun Malaysia alam sekitar turut dipelihara sejajar dengan tuntutan agama dan pengaruh tamadun Cina. Penwujudan hutan simpan di Malaysia dan tasik buatan bukti komitmen pemerintah untuk memelihara flora dan fauna anugerah tuhan di Malasysia












8.0 SAINS, TEKNOLOGI DAN PENCIPTAAN

8.1 PERKEMBANGAN SAINS
Pertama, bidang fizik Cina yang paling penting adalah penemuan magnet. Ahli nujum China telah menggunakan papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan bahagian atas sebagai syurga dan bahagian bawah sebagai bumi. Manakala penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara selatan yang diletakkan batu lod. Manakala penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.Kedua, bidang kimia dimajukan oleh pengikut Tao. Kerja-kerja mereka dalam bidang kimia dikaitkan dengan dua tujuan. Tujuan pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam, pemakanan dan pernafasan. Selain itu juga mereka telah berjaya dalam mencegah mayat dari reput. Bukti mengenai kejayaan ini telah dapat di bongkar dalam satu penggalian di Wilayah Hunan pada tahun 1972. Penemuan mayat Puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 168 S.M membuktikan kejayaan ahli kimia Cina dalam proses mengelakkan mayat menjadi reput. Mayat yang ditemui itu kelihatan masih segar dan tidak reput. Manakala tujuan kedua ialah usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah kepada emas dan perak. Usaha ini disertai dengan kepercayaan Yin dan Yang. Mereka percaya bahawa logam yang bermutu rendah boleh ditukarkan kepada logam berharga dengan menukarkan kandungan Yin dan Yang logam tersebut. Oleh kerana ketekunan mereka dalam bidang ini maka mereka juga secara tidak sengaja telah mencipta beberapa peralatan penting bagi kajian kimia. Antaranya pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu. Antara ciri utama  Tamadun China ialah ia merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh kerana itu juga berlakunya perkembangan dalam bidang pertanian Cina. Secara tidak lansung, kita dapat melihat bagaimana binatang-binatang tertentu digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan anjing sebagai binatang belaan.




8.2 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN PENCIPTAAN
Hasil daripada pengetahuan orang Cina ini maka terciptalah beberapa benda yang mempunyai pengaruh tertentu kepada dunia, antaranya ialah magnet. Orang Cina telah mengetahui mengenai magnet sejak zaman klasik China lagi. Namun penemuan sifat-sifat magnet telah dikembangkan lagi pada zaman Dinasti Han. Selain itu, penciptaan mesin cetak dan kertas. Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman Dinasti Tang. Manakala kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Kertas telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada tamadun Barat. Ini kerana dengan penemuan kertas dan mesin cetak maka bermulanya Zaman Reformasi di Eropah. Selain itu,orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini disentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata.
Salah satu kemajuan teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sektor perkapalan. Ini kerana China bukan sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan yang luas. Sementara itu terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air seperti ‘giant bamboo’ yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pengangkutan air ini tetap digunakan sehingga sekarang dengan adanya rakit buluh yang digunakan di Sichuan. Namun demikian buluh bukan sahaja digunakan untjuk membuat rakit, ia juga berguna untuk tiang-tiang dan layar kapal. Pembinaan jong-jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik. Selain reka bentuk jong yang unik ini, ia juga mempunyai kedudukan yang kukuh.Satu lagi kemajuan teknologi dalam Tamadun China ialah kincir air. Ia mencul pada sekitar tahun 30 S.M bagi kerja-kerja pemisahan bijih daripada tanah.
Secara umumnya penciptaan dan sumbangan tamadun China masih digunapakai dalam pembentukan Tamadun Malaysia kerana tamadun China membantu Tamadun Barat dalam bidang sains, teknologi dan penciptaan,walaupun dalam proses pembentukan Tamadun Malaysia tidak mengambil secara terus teknologi atau ilmu bidang ini daripada tamadun China.
9.0EKONOMI

Sejak zaman dahulu,kegiatan perdagangan telah mula wujud dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawah penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan dari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan. Seperti yang dilihat, masyrakat Cina sangat mahir dalam bidang ekonomi. Ekonomi Malaysia dipelopori oleh masyrakat Cina yang sudah terbukiti semenjak zaman dahulu sangat mahir dalam perdangan
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku. Dengan sebab itu wujud konsep akhlak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam ‘eight fold path’. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'riba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara ini yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden..





10.0RUMUSAN
Kesimpulanya, Tamadun China banyak menyumbang dalam pembentukan Tamadun Malaysia secara langsung dan tidak langsung.Antara sumbangan Tamadun China ialah dari segi Agama dan kepercayaan serta sistem bahasa dan tulisan yang masih diamalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia.Sumbangan lain adalah dari segi perubatan,budaya dan kesenian, pengurusan alam sekitar, sains, teknologi, penciptaan dan akhir sekali ekonomi banyak membantu dalam pembentukan tamadun Malaysia. Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan penemuan sains dan tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi , tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar.














11.0 RUJUKAN
1.      Ahmad Zaki Abd. Latiff , Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2012) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Edisi Kedua), Kuala Lumpur, Oxford Fajar.
2.      Hanan Ika, Sumbangan Tamadun China kepada Tamadun Malaysia,
http://tamadunmalaysia.blogspot.com diambil pada 1 Disember 2014.
3.      Melody Pang, Contributions of The Chinese Civilization to the Modern World,
4.      Suffian Mansor, Sejarah China Moden (2009) Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.


































LAMPIRAN : WAWANCARA

Salah satu sumber rujukan dalam Projek Mini Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah wawancara. Kumpulan projek ini yang diwakili Azrul Abdullah telah ditugaskan untuk mewawancara seorang pelajar iaitu saudara Toong Tong Yap. Beliau merupakan seorang pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan juga merupakan pelajar berbangsa Cina. Beliau berasal daripada Bukit Beruang, Melaka.

Azrul: Selamat sejahtera saudara, apa khabar?
Tong Yap: Selamat sejahtera, khabar baik.
Azrul : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Tong Yap kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara.Tujuan saya mewawancara saudara adalah untuk menyiapkan projek mini TITAS.Pertama sekali, perkataan ‘Tamadun’ sering dikaitkan dengan pembentukan sebuah negara atau negeri berasaskan bangsa.Justeru,berdasarkan pengetahuan saudara, apakah yang dimaksudkan dengan ‘Tamadun’.
Tong Yap: Umumnya tamadun juga sering dikaitkan dengan ‘peradaban’. Tetapi berdasarkan pengetahuan saya, tamadun bererti keupayaan sekelompok manusia yang berkerjasama dalam mencapai matlamat atau sasaran mereka agar dapat maju kehadapan sebagai satu unit.
Azrul: Bolehkah saudara menceritakan tentang sumbangan tamadun China terhadap pembentukan tamadun Malaysia.
Tong Yap: Kita semua tahu tamadun China merupakan sebuah tamadun yang Berjaya mencapai tahap kegemilanganya. Malah pengekalan budayanya selama ribuan tahun menjadikan tamadun China sebagai sebuah tamadun yang unik. Dari segi seni bina kita dapat lihat binaan seperti pavilion dan pagoda menjadi salah satu binaan yang terdapat di Malaysia. Budaya cina seperti bermain bunga api dan pemberian ang pau telah diserap dan menjadi budaya masyrakat Malaysia.Selain itu, dari segi bahasa dan tulisan, system ini masih digunapakai oleh masyrakat Cina di Malaysia.Malah bahasa Cina dan tulisanya merupakan system penghantar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan milik kerajaan Malaysia. Penggunaan herba tradisional cina seperti ginseng masih ada pada hari ini.
Azrul: Boleh saudara huraikan lagi mengenai contoh dan kesan kewujudan masyrakat Cina di Malaysia.
Tong Yap: Agama Buddha yang dibawa dan falsafah-falsafah Cina masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat Cina.Asimilasi perkataan cina dalam bahasa melyu merupakan bukti yang kukuh. Contohnya, perkataan seperti mee, kueh tiaw dan beca merupakan kata pinjaman daripada bahasa Cina.Makanan cina juga diadaptasi sesuai dengan cara pemakanan orang melayu contonhnya mee sup dan nasi ayam.Ekonomi Malaysia yang kukuh sejak merdeka disokong oleh kehebatan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi.
Azrul: Akhir sekali, berdasarkan pemerhatian saudara, bagaimanakah hubungan sosial masyrakat Cina dengan masyarakat lain di Malaysia?
Tong Yap: Pada pandangan saya, hubungan sosial antara kaum-kaum di Malaysia adalah sangat baik.Hal ini terbukti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai masyarakat dapat hidup dengan aman dan bersatu padu.Masyarakat yang elbagai ini sering berinteraksi antara satu sama lain. Hubungan ini memebawa kesan positif dalam pengasimilasian atau pencampuran budaya yang baik dan menghapuskan sifat ‘kebangsaan’ dalam masyarakat Malaysia.
Azrul: Saya yakin pandangan saudara penting bagi pihak saya dalam menyiapkan projek mini TITAS.Terima kasih sekali lagi kepada saudara kerana membantu dengan buah fikiran yang bernas dan atas kesudian saudara diwawancara.

Tong Yap: Terima kasih kembali.